Skip to main content

Buatku Di sana


Serik harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Comments

Popular posts from this blog

Berhabuk Teruk !!

Fuhh..

Dahsyat, 2 tahun xterusik blog ni.. Rindu nak menulis balik, tapi ada je perkara yang menghalang.

2 tahun ni banyak kisah suka dan duka.. Sepanjang tempoh ini yang dah mengubah status diri empunya blog ini. Banyak perkara blh #tb dalam penulisan akan datang. hehe



Nk up satu gambar ni je sebenarnye.. vail jahitan sendiri.. blh open order x agak2?? haha

Letakkan Cinta untukNya ditangga paling teratas

Airmata tak akan mengalir jika hati tak terluka,
Ketawa tak akan wujud jika hati tak terhibur, 
Rindu tak akan hadir jika hati tak menyayangi, 
Dan sayang tak akan berputik jika hati tak mencintai... 
Inilah perasaan dan penangan cinta...

Cinta pada bunga pasti akan layu dan gugur, 
Cinta pada manusia pasti akan menemui kegagalan dengan penamatnya adalah kematian... 
JADI...

CINTAILAH ALLAH YG SATU YG PASTI KEKAL ABADI SELAMA-LAMANYA...


:: akuyangmasihbertatih ::

Kerana... Cinta Ibu itu takkan pernah berakhir

Ketika kau berumur 14 tahun,
Ibu ingin tengok rancangan
agama sedangkan kau ingin
tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar
remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu
pulang kerja masih ingin memeluk
dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau
jawab ..apalah mak nii..saya dah
besar, rimas laa"lalu lari kunci
pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu
membenarkan kamu
menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan Komputer ribanya
hingga tidak ada kesempatan ia
nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu
sedang menunggu panggilan
telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan telefon
semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu
Mengalirkan air mata menangis di
atas kejayaanmu dalam
peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau
meraikannya hanya dengan
teman-temanmu sedangkan
dengan ibu buat endah tak
endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu
masih ingin berjalan bersama-
sama...
Sebagai balasannya engkau
meninggalkan i…