Wednesday 28 November 2012

Perkongsian Bersama :)

..Assalamualaikum..

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
 
 
 
:: Kredit to Mencari keredhaan Illahi ::

Monday 26 November 2012

R.I.N.D.U..!!


..Assalamualaikum..

Putaran roda dalam kehidupan, sekejap di atas sekejap di bawah... Namun, bilamana kita di atas usah lupa memandang yang di bawah, kesenangan yang digapai, kebahagian yang dirasai, kejayaan yang diraih pada hari ini adalah usaha sewaktu kita di bawah dahulu. Namun, bilamana kita di bawah pula, jadikan lah yang di atas itu suatu matlamat, suatu azam, suatu kayu ukur untuk terus menerus berusaha sehingga ianya berada dalam genggaman kita... 

Cakap mudah right? No one yang nak duduk kat bawah selalu and impossible everyone can be constant on top every time. :) but He's know everything, jangan pernah berhenti untuk bergantung harap pada Nya. Istiqamahlah dalam setiap apa yang ditekadkan.


Actually, writing for this entry just nak membebel sesuatu.. No need to read if u don't interest k.. :) (macam la ada orang nak baca sangat kan).. Haha!  Lately rasa ni selalu datang.. Dalam meminta dan tanpa dipinta... Sebuah kerinduan yang menggunung.. Untuk mereka yang tersayang.. Nak balik kampung.. Nak jumpa family.. Nak gelak sama-sama, nak bercerita itu ini.. Nak meluah segalanya.. Mesti seronok kan.. :) In Sya Allah, harap-harap Allah permudahkan hajatku ini..


Kehidupan sebagai seorang pelajar kat sini, banyak sangat yang berbeza dengan yang dulu. Bagi Mira la, bagi orang lain Mira tak taw.. Hihihi konsep hijrah kat sini sangat-sangat bermakna dan sangat dirasai. That why orang cakap hijrah tu besar maknanya bukan..?? Apa yang berbeza nya...? Hurmm... Mungkin dari segi pemikiran, dari segi pergaulan, dari segi kerohanian dan segalanya lah.. Namun, yang dulu adalah kenangan yang takkan ada galang gantinya sampai bila-bila..kehidupan as a Degree student yang sangat-sangat best.. hihihi Dan tanpa disangka dan dirancang, Di sini, Mira dapat jumpa balik roommate kat matrikulasi dulu and be my roommate again here :)

Stress..?? Sinonim la dengan gelaran as a STUDENT kan ? Kena pandai-pandai handle this thing, memang sometime tu so many thing need to think . Even Mira sendiri pernah keluar air mata bila nak handle perkara yang kena selesaikan dalam satu masa yang sama. But, in my heart, jangan pernah lupa pada Dia, yang sentiasa disisi saat kita susah, saat kita senang. Allahumayasiir wala tuassir...


Cuba habiskan setahun setengah kat sini, kemudian stop study untuk kerja bantu family dulu, kalau ada rezeki lagi In Sya Allah sambung lagi.. Kita hanya mampu merancang, namun Dia lah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita dalam kehidupan ini. :)

Thursday 8 November 2012

# Ya Rabbi #


Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…

Sunday 23 September 2012

:: Just for you ::

..Assalamualaikum..


Kesenangan atas kesenangan adalah SENANG,

Kesusahan atas kesusahan adalah SENANG,

kesenangan atas kesusahan itulah SUSAH..






thanks dear... :)

Thursday 5 July 2012

Buatku Di sana


Serik harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Saturday 23 June 2012

Kehidupan Ini

..Assalamualaikum.. 


 Kadang...
aku tak mampu,
aku tak sanggup,
aku tak terdaya,
untuk merancang masa hadapan..

Mampukah aku,
sanggupkah aku,
terdayakah aku,
untuk tempuhi kehidupan ini...


Kadang...
aku tergelincir
aku tersungkur
aku terjatuh
dalam tingkah perjalananku...

kerna cabaran itu datang nan bersilih ganti,
cuba ku usir satu persatu,
hanya ketenangan yang aku pinta,
untuk teruskan hari hari ku..

Pinjam kan aku kekuatan Mu
izinkan aku berpaut pada Mu
tiupkan semangat buatku
untuk sebuah kehidupan yang penuh berliku ini...











Thursday 14 June 2012

Kawan Untuk Selamanya

..Assalamualaikum..


Universiti Utara Malaysia (UUM) satu nama yang tentera kat kertas pada surat tawaran kemasukan ke Universiti 3 tahun yang lalu.. bila aku tengok surat tawaran tu.. aku menangis taw.. sebab dulu, aku nak sangat-sangat pergi UKM.. last2 dapat Utara lagi untuk kali kedua... yang first dulu kat matrik, utara jugak.. Tapi..  xpe la.. ade hikmah untuk semua ni.. ;) dan pada tarikh hari ni... hanya tinggal beberapa hari je lagi aku kat bumi sintok ni... n again... aku menangis nak tinggalkan tempat ni plak... nak tinggalkan korang, kawan-kawan yang selalu ade kat samping aku..

Tiga tahun teman... bukan saat yang singkat untuk kita mengenal hati budi masing-masing.. kurang lebih dalam berkawan, asam garam dalam bersahabat kita lalui bersama-sama.. aku cuba untuk menjadi yang terbaik untuk kalian.. Tapi, Maaf... aku hanya insan biasa teman.. takkan mampu untuk menjadi sesempurna manusia.. khilaf yang aku lakukan secara sedar ataupun tidak hanya maaf dari kalian yang aku pinta..

Permulaan perkenalan dengan kalian adalah suatu yang tak pernah diatur oleh ku... semuanya anugerah dari Nya, kuasaNya yang menentukan kita bertemu disini... berkawan dan bersahabat... Dan aku percaya, aturanNya ini lah anugerah untuk insan sepertiku bersama kalian untuk tempuhi kehidupan disini yang banyak onak dan durinya..

Ribuan terima kasih pada kalian.. yang sudi menjadi temanku, terima aku seadanya.. buruk dan baik dari ku... Dan percayalah.. kenangan kita bersama disini takkan aku lupakan sampai bila2... untuk kalian... syira, piqa, akina dan ekin.. aku sayang korang ketat2... :)

Buat Mohd Fadzli Salmat.. Insan yang tak pernah berhenti untuk membuat hati ini ketawa... Tak termampu untuk saya ucapkan ribuan terima kasih untuk awak... mendengar keluhan hati saya.. menasihati saat saya buntu.. dan menegur saat saya lakukan khilaf.. tak pernah sekali pon rungutan terkeluar dari mulut awak sepanjang perkenalan kita.. sentiasa disisi saat saya susah dan senang.. karenah saya yang terkadang memeningkan orang lain, hanya awak yang mampu melayannya...terima kasih awak :) Adat dalam bercinta la kan, manakan pernah tiada berselisih faham, manakan pernah hati ini tak menangis.. tapi saya yakin, itu salah satu pengerat hubungan ini... malam tadi baru je gaduh, pagi-pagi da ok dah.. tak kan pernah ia berpanjangan..anda la teman, andalah sahabat dan andalah cinta hati saya..  I'm your & U are mine dear... ;)

Untuk kalian teman-teman seperjuangan disini... perkenalan yang baru dengan kalian adalah suatu  yang amat membahagiakan diriku.. aku percaya.. lewat mengenali kalian adalah lebih baik untukku dari langsung tidak mengenali kalian disini... Jem, kau satu-satunya kawan lelaki yang aku rapat kat sini...kawan baik cinta hati aku.. seronok tengok ko bahagia dengan sutera qaseh sekarang.. Hopefully, she is the last one for you.. ;)  lepas ni mesti rindu nak g makan kat lagoo sama-sama kan untuk lunch.. rindu tengok ko dengan fad amik lauk ayam je.. sayur tak tau bila nak ambik.. bungkus agaknya kan makan kat bilik.. :D.. Untuk semua coursemate, roomate terdahulu dan kini maaf andainya pernah membuatkan kalian terasa dengan sikapku..  :)









p/s : setiap yang bermula ade pengakhirnya... dan setiap pertemuan ade perpisahannya..


Sunday 13 May 2012

Dia yang lebih mengetahui

..Assalamualaikum..


Hujung2 sem ni.. banyak dugaannya.. suka duka semua ade.. hati ni plak cepat je nak sentap-sentap, terasa citu terasa cini.... hurmm.. tak suke la macam ni.. =.=' bila  da sentap tu mai.. mood da lariii.. penat la nak kejar hepy tu datang balik...

Aku hanya insan biasa teman
punyai hati sama seperti kalian
bisa tersentuh dengan kata-kata yang tajam
tapi ku cuba berlagak biasa
untuk ku usirkan kekeruhan dalam perhubungan itu


Aku hanya mahukan kebahagian
gelak ketawa yang menyenangkan
disisi mereka yang masih mengerti hati ini...


SEJAUH mana pun hari-hari yg kita LALUI,
SEDERAS mana pun godaan yg kita HADAPI,
SEKUAT apa pun cabaran yg harus kita JALANI,
SEBESAR apa pun kegagalan yg kita RASAI,

»»JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP DARI PERTOLONGAN ILAHI««

Kerana HARAPAN adalah MASA HADAPAN,
Kerana HARAPAN adalah SUMBER KEKUATAN, 
Kerana DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan
Kerana DOA adalah SENJATA ORG BERIMAN !!



................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
Aku insan yang tak sempurna..
Maaf atas kekurangan ku itu..

Saturday 31 March 2012

Lagu Sedih Aku Sorang-Sorang

..Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ni.. knape ntah suka benar aku layan lagu sedih-sedih ni... amik mood ape pon aku tak tau... :D

lagu2 kat bawah ni la yang aku duk layan 2... hihihi






NIRWANA- CUKUP CUKUP SUDAH









KLANGIT-SESAL MENDUA








SHILA AMZAH-PATAH SERIBU



n LAST..



lagu yang dah nak telan dek zaman nii....





DADALI - DISAAT AKU MENCINTAIMU







p/s : lagu2 diatas tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada..
       hihihihii

Terima kasih :)


=.='

Susahnya nak buat keputusan niiiii......


Monday 5 March 2012

Relung hati

Ketika kau bertanya
ku tak bersuara
ketika kau mencoba
ku takkan percaya

karena semestinya
kata-kata cerminkan jiwa...

jangan cuba engkau katakan lagi
janji-janji yang tlah kau ingkari
sekarang saatnya engkau berhenti
melukai relung hati..

perlu kita renungkan erti kesetiaan
mungkinkan kau resapi
dengan kejujuran

karena semestinya
kata-kata cerminkan jiwa...

jangan cuba engkau katakan lagi
janji-janji yang tlah kau ingkari
sekarang saatnya engkau berhenti
melukai relung hati..


jangan cuba engkau katakan lagi
janji-janji yang tlah kau ingkari
sekarang saatnya engkau berhenti
melukai relung hati..


jangan cuba engkau katakan lagi
janji-janji yang tlah kau ingkari
sekarang saatnya engkau berhenti
melukai relung hati..


jangan cuba engkau katakan lagi
janji-janji yang tlah kau ingkari
sekarang saatnya engkau berhenti
melukai relung hati..........

Bila aku da mulaa...

..Assalamualaikum..

Tadi balik dari library teman si dia g beli kasut sukan kat Bandar Arau tu.. Bandar ker...? Bandar la kott... hahaha Boleh tahan jugak tunggu dia pilih kasut... da dapat yang berkenan, takde saiz plak.. Cian plak kena pilih yang lain kan.. tapi takpe.. Yang awak pilih tu memang cantik.. yang pentingnya, asal selesa dipakai ok la kan... :) Malam ni tidur peluk kasut tu taw.. hahaha ... sebelum tu. we all g makan kat kat Pusat Islam dulu sementara nak tunggu kawan2 dia habis kelas... siap2 makan sempat aku bual dengan sorang makcik ni.. makcik ni kerja cleaner kat Pusat Islam tu..

Borak2 punye borak, makcik tu tetibe tanya... toilet kat Dewan penginapan pelajar yang aku stay sekarang ni ok x... bukan sbb ape.. makcik ade dengar budak2 complain tandas n tempat nak membasuh tu tak bersih...

sebenarnya.. akak n makcik kat sini da buat kerja diorang.. kadang dalam seminggu banyak hari diorang datang untuk bersihkan tandas tu.. yang buat kotor tu mana2 tangan yang tak reti nak tolong bertimbang rasa... sory to say... macam susah sangat nak buang sisa makanan kat dalam tong sampah before nak basuh mangkuk pinggan diorang tu kan.. aishhh... aku xberapa faham laaa... cube tempatkan diri kita yang mencuci, yang membersih segala kekotoran tu.. rasa ape yer...? boleh rasa sendiri kan.. da besar panjang sorang2.. da masuk U pon kan.. takkan benda kecik macam ni pon nak kena gitaw...

aku pon bukan manusia yang sesempurna untuk pastikan semua bersih.. tapi why not kita sama2 bertimbang rasa... bukan untuk sape pon hasilnya.. kita juga yang rasa sedap mata memandang bila keadaan bersih n kemas kan... Buat... kalau bukan untuk orang lain pun, buat untuk diri kita sendiri jer...InsyaAllah, Hasilnya yang terbaik..

ok, dah..!! cukup untuk merapu memalam buta nim... ckit2 suda... hihi Actually badan rasa letih.. tapi tak tahu nape mata ni xrety nak ngantuk plak... mentang-mentang esok kelas pkul 11 yer... huhuhu..





Hati eden rasa berdebar-debar la malam ni.... xtaw nape... hopefully.. semuanya ok2 aje... =='

Saturday 3 March 2012

Yang Bermakna Itu Terindah

..Assalamualaikum...

Nasi kerabu.. ohh nasi kerabu... Dinner aku untuk beberapa malam nih.. Perrrgg...!! memang menjilat jari lah... hehehe.. Thanks kamu.. :)

Baru 2 minggu mula sem baru... dah terasa bahang kebiziannya... dengan thesis.. pasni buat lesen kreta.. plus2 assingment yang bakal say hye nanti... Minta2 dipermudahkan segalanya.. Aminn..

Sem 6, Insyaallah sem terakhir pengajian di bumi sintokyo ni... rasa macam sedih pulakkk nak tinggalkan tempat ni... walaupun selalu lepas cuti taknak datang cini... huwahuwahuhawa... Tapi disini usia ku meniti dengan perginya masa2ku bersama kawan2.. enjoy sama2, jalan2 ukur jalan sama2... Nanti2 da tua... ade lagi tak ea macam ni... =='


Pandanglah masa depan mu..
Ukirkan senyuman yang terindah..
Iringinya dengan Usaha, Doa dan Tawakkal... :)

Friday 3 February 2012

Dengan kamu.. :)

..Assalamualaikum..

Ni cite kami duaa…. Saya rindu diaa.. rindu sangat-sangat… da almost 3 year kita xjumpe kan.. padahal duk kat negeri sebelah2 jer.. dia suka warne merah… n sekarang katenye makin obses kat warna tuu… habis barang dia lam bilik kat kolej tu warna merah.. hahaha.. taw la anak Kelantan kannn…. :D

Kami kenal kat kolej matrikulasi perlis dulu… mula tegur2 dalam kelas agama.. kelas ustaz … urmmm.. xingt name laa.. maaf ustaz.. tapi saya ingat lagi muka ustaz.. hihihi. Kalau tanye Naimah mesti dia ingat kan…hahaha.. tapi dgn naimah da lost contact pon.. kemana kamu teman.... L Lepas perkenalan tu.. dimana ada kamu, disitu ada saya…. dia cakap Kelantan.. dan saya cakap Terengganu… tapi masing2 paham… tu yang best tu…. :D tapi Kalau ade satu dua yang tak paham tu, masing2 buat muka blur dulu…. Pastu gelak kuat2.... ade la yang kena translate nye pastu… Hahaha.

Jalan2 pusing matrik petang2 best woo.. kat tasik la biasa kita lepak kan… J pastu usha2 budak laki main bola kat padang… hahahaha.. melampau la yang ni… Aku taw… mu suke usha sape ptg2 tuuu Daa…. Tapi biarlah hati yang berbicara kan… hahahaha. 

dia suka dengar saya merapu, meraban, meluah, dan segala me lah...J  gelak sama2 bila masing2 buka mulut nak bercerita tuu.. bercerita nii.... gelak tak ingat orang dahh... :D habis waktu kelas, g library plak... buat ape Daa..?? g study la kann..?? semestinya!!  Hahahaha


Bila ingat balik semua ni.... boleh buat aku nangis sorang-sorang... rindu sangat saat-saat ni..... kenangan terindah kat KMP ni takkan dapat aku lupa sampai bila-bila.. Disini... aku belajar segala-galanya tentang kehidupan... siapa kawan... siapa teman... dan siapa sahabat...  J
kita berpisah selepas setahun bersama.. tamat belajar kat matrik, masing-masing bawa haluan masing-masing.. namun phone n fb jadi penghubung kita kann... kamu di pantai timur.. UITM machang.. dan aku masih lagi di utara...


Depan tasik KMP...

jogging la sangat kita ni kan....??
last2 bergambar je yang lebih... :D







Ape la yang d tgk niii.. 
gambar pakwe2 ensem letuwww... ;p




ni la keje kita lam library kan...?? :D

merapu meraban kita punye keje..







 Ni dari jauh

 Zoomm  ckit kat budak tiga serangkai nih.... :D























Hari ni .. 3 FEBRUARI 2012..
Genap 22 tahun kelahiranmu..
##SELAMAT HARI JADI SAYANG##
Moga di panjangkan umur dan di Murahkan rezeki oleh ALLAH S.W.T..
Hidup bahagia dunia akhirat serta dipermudahkan segala urusanmu..

Carilah cahaya terindah dalam hidupmu teman..
agar ia menjadi penyuluh di kala kamu kekelaman... :)

setiap saat kita bersama.. itu kenangan yang tak mungkin aku lupakan... sampai bila2...
ade jodoh kite jumpa yer... :)




::kita kawan untuk selama-lama nyerrrrr:: rindukamusayangkamu..

Thursday 2 February 2012

kahwin ohh kahwin..!!

..Assalamualaikum..

update blog semusim sekali,  aritu musim panas.. ni musim hujan plak..terbaik laa... hahaha.


"AKU TERIMA NIKAHNYA.."


kita selalu dengar kan..? Ungkapan ini meniti di bibir setiap pengantin lelaki saat akad nikah  bagi mana-mana pasangan yang memulakan sebuah kehidupan yang baru... ... Alhamdulillah... :)  tapi tahukah kalian.. di sebalik kata-kata tersebut, tersiratnya makna yang amat berat untuk dipikul. Tanggungjawab seorang suami.. tanggungjawab seorang ayah.. untuk isteri tercinta dan anak-anak tersayang... 

" AKU TANGGUNG DOSA-DOSA SI FULANAH INI DARI IBUBAPANYA, APA SAJA DOSA YANG DIA BUAT, AKU TANGGUNG DAN BUKAN LAGI IBUBAPANYA, AKU TANGGUNG DOSA BAKAL ANAK-ANAK AKU. AKULAH ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMBERINYA NAFKAH ZAHIR DAN BATIN, MEMBERINYA ILMU DUNIA AKHIRAT DAN JUGA BERTANGGUNGJAWAB MEMEGANG TANGANNYA BERSAMA-SAMA BERLARI BERTEMU-MU YA TUHAN.. AKU JUGA SEDAR, SEKIRANYA AKU GAGAL DAN AKU LEPAS TANGAN DALAM MENUNAIKAN SEGALA TANGGUNGJAWAB INI, MAKA AKU FASIK, SUAMI YANG DAYUS DAN AKU TAHU BAHAWA NERAKALAH TEMPAT KU AKHIRNYA.. DAN MALAIKAT MALIK AKAN MELIBAS AKU HINGGA PECAH HANCUR BADANKU. 

AKAD NI BUKAN SAHAJA PERJANJIAN ANTARA AKU DENGAN SI ISTERI DAN SI IBUBAPA ISTERI, TETAPI INI ADALAH PERJANJIAN TERUS KEPADA TUHAN.."


sangat bermakna bukan...?? :)


awal cuti semestar ni sepupu aku baru je selamat jadi isteri orang...Hahaha.. ayat xboleh bla..  Tahniah Kak zura dan suami.. semoga berbahgia hingga ke akhir hayat yer.. :) 

24 Januari 2012 majlis di sebelah pengantin perempuan...
dan majlis sambut menantu di pihak lelaki pada 27 january bersamaan hari jumaat..

Majlis akad nikah





Hari persandingan Raja sehari.. :)






Alhamdulillah, majlis ni berjalan dengan lancar seiring dengan kehendak semua pihak.. InsyaAllah... :)




##tetibe idea tersekat.. huhuhu##

sekian..
salam.... :D

Sunday 22 January 2012

Rumah manis rumah.. :)

..Assalamualaikum..

Da 2 hari kat umah, baru keluar status nii.. Haishh..!!   nak buat macam mana, umah ni da sweet sangat kan.. kadang boleh terlupa kat semua hal yang lain..hehehe..  Alhamdulilah, aku selamat sampai kat terengganu hampir jam 9 pagi... jam 9.30 malam khamis gerak dari kachi highland.. berapa kali brenti sepanjang perjalanan tu pon aku xtaw... rasa nak minta pakcik tu takyah brenti jer.. hahaha.. excited betol nak jumpa family nih.. :D tapi cian jugak kat diorang kan.. mesti penatt.. kalau aku yang hanya duk kat atas krusi keje makan tdow plus borak2 ni penat, pakcik2 yang bawa bas tu mesti lagi penat kan.. apa2 pon.. terima kasih pakcik.. dan syukur padamu Ya Allah.. Kau telah selamatkan perjalanan kami  :)

Sebelum gerak malam tu, sempat lagi aku duk buka fb sambil kemas2 cikit jer lagi barang yang nak bawa balik.. tetibe terpandang kat satu post.. tentang kawan si dia.. pelajar kat UUM jugak.. mula2 dikhabarkan dalam keadaan koma di hospital jitra, kesan daripada kemalangan yang terjadi petang tu.. namun beberapa minit kemudian arwah telah pergi meninggalkan kami semua.. walaupun aku xberapa mengenalinya, sebak terasa bila tahu berita ni..  baca post kawan2 arwah kat fb perihal pemergian arwah, buat aku turut terasa kehilangannya.. aku hanya mampu berdoa.. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan dipermudahkan segala urusan nya disana.. :'(..


p/s:: ia datang tanpa kita pinta. dia pergi tanpa kita rela..

Saturday 14 January 2012

SAYA PUNYE BLOG DAH LA, BEN ASHAARI!

..Assalamualaikum..


Buat blog ni akhir tahun lepas..
kira baruu la tu kann..? hihii
Follower pon boley bilang dengan jari lagi tuh.. Hahaha.. sangat sadisss..

Actually sebelum create blog ni , jalan-jalan tengok blog orang lain ni satu keje aku kalau ade mase terluang.. asyik bace blog orang jer kan.. tetibe terlintas nak buat blog sendiri jgk.. banyak lagi yang kena belajar ni.. Header pon tak reti buat lagii.. hahaha. Motif utama buat blog ni, aku dapat meluahkan apa yang terbuku dihati ni dan dalam masa yang sama dapat berkongsi suka duka dengan sape2 yang sudi baca blog cipisan aku ni..  :)

5 blog baru yang  aku kenal;

:: @Ali  ::
:: @Maria ::
:: @cikpingu ::
:: @Arif ::

Ok, Ciappp.... :)


Buat Kanda.. :D

..Assalamualaikum..


Awak...
Bestnye da habis exam kan..??
Suka la tuu.. :p
Giliran saya minggu depan.. sob sobs..  :(
Perlu sabar menanti hari..
Dengan masih bertemankan buku Regulasi Industri dan Sistem2 Ekonomi... hahaha

Sem ni dapat jgk awak balik awal dari saya yer...
Sem2 sebelum ni saya bubye kat awak dulu.. hihihi

Apa2 pun....






Dear...




&





Bawa kereta tu elok2 taw...
Baca doa dulu sebelum gerak..
Jangan buat jalan raya tu macam sedare awak punye ea...
Pandu cermat jiwa selamat.. 
(Pesanan ikhlas dari Penaja)kikiki



Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu... :)





InsyaAllah, ade jodoh panjang umur kite jumpa lagi semester depan yer...



p/s: kim salam kat family awak yer bila da sampai umah nanti... :)
       jgn nakal2 taw..=.='



Sayasayangkamucintakamu...!! 

Monday 9 January 2012

Cerita Tentang Hati

..Assalamualaikum..

Jalan cerita manusia..
ada tawa ada duka..
kadang bibir itu mengukir senyuman..
paling manis bagi yang memandang..
paling menawan bagi sang pencinta...


Namun hatinya..
kadang merintih penuh kesedihan..
seribu satu cerita yang tak pernah terungkap..
seribu satu cerita yang tak pernah diluah..
hatinya sebal dengan tangisan...


Titisan mutiara di pipi..
kadang menjurai jatuh ke bumi..
merenung untuk hari esok..
mengimbau untuk hari semalam..
hanya detik menjadi peneman...


Pandang pelangi indah itu..
terlukis nya di balik awan..
seolah ingin menyampaikan sesuatu..
hidup ini penuh dengan warna..
bagi setiap episod cerita hidup..
yang kadang suram pada si melihat..
kadang terang pada pandangan mata...

Friday 6 January 2012

Tahun Baru Tahun Akhir

..Assalamualaikum..

Hye... Rasa macam sempat lagi kot nak ucapkan Hepy New year kat sape2 yang sudi bace blog cipisan aku ni.. Moga tahun ni lebih baik dari tahun2 sebelum ni.. Insyaallah.. :) Tahun ni aku sambut tahun baru dengan kertas2, buku2 n soklan past year lam bilik.. Cayalah mira..!! Tahun baru di tahun akhir pengajian ku... :)

Jadual exam semester ni punye suka betol la aku.. cam hape jeee... sangat2 stress untuk spesis yang study last minit cam aku...huhu.. padan muka... :p

kat bawah ni slip exam aku... pandai2 la korang tgk.. aku xreti nak besarkan camane.. huwahuwahuwa.. :D




sekian, 
Masa rehatkan diri dari buku2 untuk sementara.. sok kita jenguk awak plak ea buku.. :)

Nur..