Monday 17 February 2014

H.A.T.I

Allah itu
mengetahui apa yang dirasai saat ini
seribu satu rasa yang tak termampu diungkapkan dengan kata-kata

Sedih, sunyi, sepi dan rindu
hilang tawamu, hilang senyum ku
hilang kata-kata mu, seolah menarik aku untuk membisu

Pergi dengan tiba-tiba
seolah menyentap hati ini
namun aku yakin ini takdir untuk kita

Ku rasakan pada mulanya ku dah bersedia
namun, terkadang hati ini dirundum kesunyian
Allah... Hanya pada Mu tempat untuk ku mengadu

Alam ini ada putaran nya bukan
suka duka pasti kan silih berganti
inilah aturan terhebat oleh Mu ya Rabb

Merindu pada yang belum pasti akan milikku
Hanya doa yang mampu ku ungkapkan
Kuatkan lah hati ini....





Saturday 2 November 2013

Letakkan Cinta untukNya ditangga paling teratas


Airmata tak akan mengalir jika hati tak terluka,
Ketawa tak akan wujud jika hati tak terhibur, 
Rindu tak akan hadir jika hati tak menyayangi, 
Dan sayang tak akan berputik jika hati tak mencintai... 
Inilah perasaan dan penangan cinta...

Cinta pada bunga pasti akan layu dan gugur, 
Cinta pada manusia pasti akan menemui kegagalan dengan penamatnya adalah kematian... 
JADI...

CINTAILAH ALLAH YG SATU YG PASTI KEKAL ABADI SELAMA-LAMANYA...


:: akuyangmasihbertatih ::

Tuesday 2 July 2013

Cuti lagiii... ~~ :)

Bismillah hirahmanirrahim.. salam pagi yang penuh dengan udara yang nyaman.. hehe

Memulakan pagi dengan solat subuh dan uruskan adik bongsu yang berusia 5 tahun ke sekolah... Alhamdulillah pagi ni dia tak buat perangai.. kalau tak jenuh nak memujuknya suwuh bangun n pergi mandi... mungkin malam tadi da pesan kot, bangun pagi ni jangan malas2... be a good boy.. hihi :D

Lama da blog ni xterusik... kadang idea mencurah2, tapi laptop xde depan mata plak.. kadang kekangan masa nak luangkan pon ade.. tapi bila laptop depan mata, mood nak menulis pulak takde... tara taw la ini budak.. fenim2.. fuhh.. hari ni da masuk hari keempat duduk kat umah.. ade 2 bulan masa yang perlu diperuntukkan untuk merehatkan diri.. pergghh...! lama giler.. hahaha.. ingat nak cari keje, tapi mak swuh duk umah.. katenya jarang2 sekali je ade kat umah.. da brape tahun mcm ni... haha mak rindu leteww... :D

Nak citer sikit la sem lepas a.k.a sem dua punye kehidupan.. hihi Sem dua ni banyak benda yang jadi.. ade suka, ade hepy, ade sedih, ade yang menguji kesabaran.. macam2 la.. kalau xde semua ni xde la namanya kehidupan plak kan.. :) dalam awal bulan februari kami mulakan pengajian sem 2dua ni, biasalakan... awal2 sem ni honey moon dulu.. ntah ape2 da honey moon dah.. da masuk bulan kedua honey moon lagi, ntah bila nak start belajar xtaw la... :D boleh dikatakan sebelum mid term break kehidupan lebih tenang tanpa assignment la.. hihihi cuma masa ni sibuk nak uruskan loan mara.. perghh.. yang ni xberape nak tenang... Tapi Alhamdulillah sekarang da settle dah... berkat doa semua Alhamdulillah.. :)

Lepas naik cuti mid term , kat sini macam2 yang jadi... assignment datang serentak dari kesemua lecture yang bagaikan mencurah-curah ke ladang gandum.. dengan kertas seminar, study kes, toturial n soo onnnn.. haha kehidupan yang xberapa nak tenang mula dahh... keluar bilik dar seawal jam 8 pagi, sampai2 kat bilik balik dalam pkul 12 malam.. kadang sampai 1 pagi kalau perut nak kena isi plak lepas discassion tu..Bak kate sorang teman, kalau mcm ni dari degree dulu mesti 4 flat dah kite ni, xde merasanya yang lain nak dapat pingat emas tu..kita semua ni dah harapan .. hahaha

Seriously, sem ni macam huru hara sikit nak siapkan assignment.. Don't know la why.. huhu  Tapi Alhamdulillah, semua da siap n dah hantar pon sebelum balik kg rituu.. hihi diberikan oleh Allah dengan group discassion yang banyak membantu even kadang ade je yang berselisih faham.. namun, kat situ la berlakunya percambahan idea kan..cewahh ayatt... hahaha

Tapi bila nak penghujung sem 2 ni, rasa sayu je hati ni... Dalam duk ketawa-ketawa tiba-tiba jadi mudah nak sentap.. tu la org kate jgn banyak ketawa kan.. nanti banyak nangis.. huhu ramai kawan-kawan yang dah xde sem depan.. tinggal berapa orang je dah.. korang la ni, nak g mana ntah nak buat 1 tahun je tu napeee... huhu mesti rindu kat korang nanti nak2 cik na,  syidah, ezzah n sarah... :'( apa-apa pon semoga berjaya dalam menempuh alam pekerjaan ye .. Moga Allah permudahkan urusan kalian teman...  t belanja I kalau dapat gaji ea.... hihihihi


Study group ekonometrik

when senior n junior are together... Fun with u all :)

We meet at UKM at the last..

UKM - MASJID JAMEK - KLCC - COW SOO LIM (gara-gara salah naik train.. haha) - BTS-UKM


saya petik kata-kata kawan sekelas di laman mukabuku beliau iaitu Kak Nadia <3

~ T O D A Y E S T E R D A Y ~

The best part of my journey here..
The best moment I've ever had with them, lovey dovey.. The moment that will never be forgotten..
The best shoulder that I've ever had to rely on..
The best crutch that I've ever had to keep walking..
They are really meant to me...really.....

The word THANK YOU could not be enough to repay all the goodness done..May ALLAH bless each one of them..Uhibbukum Fillah!

# Will it be the last?
 




Thanks for reading my writing! 
salam..







Friday 22 February 2013

Ya Allah


Ya Allah..

Kau permudahkan segala urusan ku..

Tunjukkan aku pada jalan Mu yang lurus..

Pimpinlah daku ke arah kehidupan yang penuh dengan keberkatan dari Mu..


..Amin..



Wednesday 20 February 2013

Kerana... Cinta Ibu itu takkan pernah berakhir

Ketika kau berumur 14 tahun,
Ibu ingin tengok rancangan
agama sedangkan kau ingin
tengok cerita korea.
Sebagai balasannya, kau lempar
remote hingga pecah berkecai

Ketika kau berumur 15 tahun, Ibu
pulang kerja masih ingin memeluk
dan menciummu.
Sebagai balasannya, kau
jawab ..apalah mak nii..saya dah
besar, rimas laa"lalu lari kunci
pintu bilik..

Saat kau berumur 16 tahun, Ibu
membenarkan kamu
menggunakan komputer ribanya.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan Komputer ribanya
hingga tidak ada kesempatan ia
nak menggunakannya.

Saat kau berumur 17 tahun, Ibu
sedang menunggu panggilan
telefon yang sangat penting.
Sebagai balasannya, kau
menggunakan telefon
semalaman.

Saat kau berumur 19 tahun, Ibu
Mengalirkan air mata menangis di
atas kejayaanmu dalam
peperiksaan STPM
Sebagai balasannya, kau
meraikannya hanya dengan
teman-temanmu sedangkan
dengan ibu buat endah tak
endah saja.

Saat kau berumur 20 tahun, Ibu
masih ingin berjalan bersama-
sama...
Sebagai balasannya engkau
meninggalkan ibu jauh di
belakang, malu kalau kawan-
kawan tengok.

Saat kau berumur 21 tahun, Ibu
memelukmu dengan penuh
ke syukuran saat kau lulus
pengajian tinggi mu
Sebagai balasannya, kau tanya
ibu bila hendak membelikan
hadiah untuk mu.

Saat kau berumur 40 tahun, dia
menghubungi mu untuk
memberitahu ada kenduri doa
selamat dan tahlil di rumah .
Sebagai balasannya, kau jawab,
“Ibu, saya terlalu sibuk, tidak ada
masa terluang untuk balik !”

Saat kau berumur 55 tahun, Ibu
sakit tak kebah sehingga
memerlukan perhatian mu
Sebagai balasannya, kau hantar
dan upah bibik untuk
menguruskannya.

Dan hingga suatu hari, dia
meninggal dengan tenang..
Dan tiba-tiba di satu ketika kau
teringat semua yang tidak pernah
kau lakukan untuk gembirakan
hati ibu mu..sayangnya dia telah
tiada lagi.. Jika kau menyesal pada
masa itu, tiada gunanya lagi, masa
yang berlalu takkan kembali lagi.

 
#copy n share# 

Wednesday 28 November 2012

Perkongsian Bersama :)

..Assalamualaikum..

Carilah Lelaki yang Mampu Jadi Imam

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”

“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN
Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?

MENCARI SEORANG IMAM
Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.
Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG
Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?
Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA..
 
 
 
:: Kredit to Mencari keredhaan Illahi ::

Monday 26 November 2012

R.I.N.D.U..!!


..Assalamualaikum..

Putaran roda dalam kehidupan, sekejap di atas sekejap di bawah... Namun, bilamana kita di atas usah lupa memandang yang di bawah, kesenangan yang digapai, kebahagian yang dirasai, kejayaan yang diraih pada hari ini adalah usaha sewaktu kita di bawah dahulu. Namun, bilamana kita di bawah pula, jadikan lah yang di atas itu suatu matlamat, suatu azam, suatu kayu ukur untuk terus menerus berusaha sehingga ianya berada dalam genggaman kita... 

Cakap mudah right? No one yang nak duduk kat bawah selalu and impossible everyone can be constant on top every time. :) but He's know everything, jangan pernah berhenti untuk bergantung harap pada Nya. Istiqamahlah dalam setiap apa yang ditekadkan.


Actually, writing for this entry just nak membebel sesuatu.. No need to read if u don't interest k.. :) (macam la ada orang nak baca sangat kan).. Haha!  Lately rasa ni selalu datang.. Dalam meminta dan tanpa dipinta... Sebuah kerinduan yang menggunung.. Untuk mereka yang tersayang.. Nak balik kampung.. Nak jumpa family.. Nak gelak sama-sama, nak bercerita itu ini.. Nak meluah segalanya.. Mesti seronok kan.. :) In Sya Allah, harap-harap Allah permudahkan hajatku ini..


Kehidupan sebagai seorang pelajar kat sini, banyak sangat yang berbeza dengan yang dulu. Bagi Mira la, bagi orang lain Mira tak taw.. Hihihi konsep hijrah kat sini sangat-sangat bermakna dan sangat dirasai. That why orang cakap hijrah tu besar maknanya bukan..?? Apa yang berbeza nya...? Hurmm... Mungkin dari segi pemikiran, dari segi pergaulan, dari segi kerohanian dan segalanya lah.. Namun, yang dulu adalah kenangan yang takkan ada galang gantinya sampai bila-bila..kehidupan as a Degree student yang sangat-sangat best.. hihihi Dan tanpa disangka dan dirancang, Di sini, Mira dapat jumpa balik roommate kat matrikulasi dulu and be my roommate again here :)

Stress..?? Sinonim la dengan gelaran as a STUDENT kan ? Kena pandai-pandai handle this thing, memang sometime tu so many thing need to think . Even Mira sendiri pernah keluar air mata bila nak handle perkara yang kena selesaikan dalam satu masa yang sama. But, in my heart, jangan pernah lupa pada Dia, yang sentiasa disisi saat kita susah, saat kita senang. Allahumayasiir wala tuassir...


Cuba habiskan setahun setengah kat sini, kemudian stop study untuk kerja bantu family dulu, kalau ada rezeki lagi In Sya Allah sambung lagi.. Kita hanya mampu merancang, namun Dia lah yang menentukan apa yang terbaik untuk kita dalam kehidupan ini. :)

Thursday 8 November 2012

# Ya Rabbi #


Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku

Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…

Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.

Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin…

Sunday 23 September 2012

:: Just for you ::

..Assalamualaikum..


Kesenangan atas kesenangan adalah SENANG,

Kesusahan atas kesusahan adalah SENANG,

kesenangan atas kesusahan itulah SUSAH..






thanks dear... :)

Thursday 5 July 2012

Buatku Di sana


Serik harungi sendiri kekurangan diri
Hanya Tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati
Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku di sana
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah
Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta
Masih kau hadir jua menepis gelora
Tatkala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada di jiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang di hati

Nur..